Tuesday, October 5, 2010

Pewittt...kembali semula!

Aduh... lama betul rasanya aku tinggalkan blog ni, bersawang rasanya. Bukan malas nak update
cuma aku agak busy dengan tugas seharian. Apa pun aku cuba jugalah hidupkan semula blog yang dah malap ni, actually tak ada apa pun yang special nak ditulis. Blurr... nak tulis pasal raya pun, aku memang tak kemana-mana,terperap je kat rumah.

Thursday, August 12, 2010

Monday, August 2, 2010

Hai... letih berpuasa ke..

Apabila menjelang puasa banyak perkara yang terlintas difikiran, nak buat itu nak buat ini... tetapi yang paling penting bagi aku ialah bagaimana nak melakukan perubahan dalam diri yang aku rasa banyak yang belum lengkap. Transform lah beb... senang cerita. Aku harap Ramadhan Tahun ni bisa merubah sesuatu dalam diri aku yang serba kekurangan.












Seminggu lagi seluruh umat Islam akan berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat... Insyaallah! Menjelang puasa ni aku lebih banyak berada dirumah. Tidak banyak aktiviti luar yang aku lakukan, antara hobi baru aku ialah memelihara ikan dalam balang kaca. Kalau dalam aquarium, memang aku kurang berminat.... so aku ternaklah ikan-ikan yang tak seberapa nak banyak tu dalam balang kaca je.. Mudah rasanya, hanya perlu ada balang kaca, ikan, dan air. Janganlah guna air paip yang direct tu,alamat timbullah ikan-ikan kecil yang tak berdosa tu, guna air suling. Bagi aku bila tengok ikan-ikan ni berenang macam satu terapi pulak, menenangkan fikiran yang kusut.

Monday, July 19, 2010

Ariel Peterpan, Luna Maya, Cut Tari dan Pasar Malam..





Malam semalam aku terasa ingin ke Pasar Malam. Ramai orang yang suka ke pasar malam, ada yang suka memborong ,ada yang suka tengok gelagat orang, sampai disatu sudut aku singgah di gerai buah-buahan. Seorang penjual buah-buahan tiba-tiba bersuara ,"Kak...belilah pisang Ariel, sebelum Luna Maya sampai, nanti tak merasa." Aku terpaku seketika... nak tergelak pun ada.
Memang populariti Ariel Peterpan melonjak naik sejak video dia tersebar, sampaikan nama dia dijadikan promosi untuk jual pisang, sekarang pisang Montel dah jadi pisang Ariel! Cut Tari pun tidak ketinggalan, sampaikan baju dalam Cut Tari pun ada termasuk dalam senarai promosi.
Aku hanya mampu tersenyum sendiri... Inilah dunia hiburan disanjung ketika dipuncak, dijadikan bahan lawak ketika jatuh.

Monday, July 12, 2010

Oficial Waving Flag...

Juanes... Tengo La Camisa Negra.

Shakira..

Muzik oh muzik...Bola oh bola!

Aku bukanlah peminat bola sebenarnya tapi disebabkan ada bersangkutan dengan muzik, jadi aku followlah juga sikit-sikit. Aku cuma mengikuti perkembangan bola, sejujurnya semalam, semasa final. Spain memang bagus,begitu juga Belanda. Bolakan bulat so bagi aku mungkin dah nasib Belanda tewas dengan Sepanyol 0-1. Apapun aku suka dengan konsert FIFA anjurkan. Banyak lagu yang menarik. Budak-budak sekolah pun suka lagu ni..

Tuesday, July 6, 2010

Belajar gitar...sambil buat duit.

Salam semua,hari ini kita share tentang panduan belajar gitar. E-Book ni ditulis oleh Nurudeen dan Shahril, satu panduan yang amat berguna buat newbies atau sesiapa yang tak tau langsung pasal gitar. Korang tak payahlah nak berkejar kekelas gitar, duit petrol pun save... Pada pendapat aku panduan ini simple dan mudah difahami. Ada panduan bergambar yang beresolusi tinggi, dan paling penting harga berpatutan dan mampu milik.
RM37.00 korang dah boleh mulakan petikan gitar yang pertama, tapi ini bukan magic...practice tu penting. Kalau tak practice sendiri Carlos Santana ajar pun korang tak akan pandai. Jangan marah ye beb, kenyataan!
Kita bukan nak jadi Star, untuk hiburkan hati sendiri aku rasa tak salah belajar. Kemudahan dah ada dihujung jari jer...tak rugi. Ini saranan aku sebab ada jugak yang bertanya boleh tak ajar main gitar, so aku proposed yang termudah ok..Enjoy..!

Monday, July 5, 2010

MENTOR MELETUP!

Terasa begitu lama aku tak update blog ni..., terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan. Baru hari ini sempat jengok blog, anyway semalam enjoy juga mengikuti perkembangan muzik tanahair. MENTOR yang agak hangat dengan contestant yang betul-betul talented. Nani dengan bakat dan pakej yang lengkap, Nani ada stail tersendiri dengan suara yang husky dan seksi. Aku suka dia, gayanya tak ubah arwah Nike Ardilla.Ada potensi menjadi bintang.
Adi juga tak kurang hebatnya, dengan wajah yang cute,suara yang lunak dia boleh pergi jauh dalam industri muzik, cuma nasib tak menyebelahi dia, biasalah adat bertanding...
Juara MENTOR Mohd. juga punya stail tersendiri, walaupun ramai yg kata dia tak berapa handsome tapi berkat ketabahan dia, beliau buktikan juga yang bakat mengatasi segala.
Tahniah buat kalian, juga MENTOR yang hebat Ziana Zain, Azmeer, dan Dayang. Korang memang bagus...
Rata-rata gimik TV3 memang menjadi malam tu...Aku rasa MENTOR akan menjadi tumpuan kalau TV3 kekalkan konsep yang simple tapi menarik. Syabas TV3!

Saturday, June 19, 2010

Little Miss Lonely.

Orianthi.


Hari ini aku nak bercerita tentang guitarist wanita pujaanku...Orianthi. A very beautiful girl yang betul-betul gifted, mulakan petikan guitarnya yang pertama ketika beliau masih berumur 6 tahun.

guitarist pujaanku...

Thursday, June 17, 2010

Sunday, June 13, 2010

FENDER STRATOCASTOR.

Signature Series "Steve Ray Vaughan"
RM 5,000

PEAVEY WOLFGANG SPECIAL. (limited Edition)


Birdeyes Maple, only for Eddie Van Halen in US Market. The only Unit in Malaysia.
Call for best price!

Guitars for Sale..



MUSICMAN CUSTOM (birdeyes Maple)
RM 8,000

Diantara kumpulan Sharp Shooter yang membuat persembahan hari tu, ada juga yang tak dapat hadir kerana komitmen yang lain. Antara yang tidak dapat bersama hari itu ialah Kid Search....yang ada show di Johor Baru, rugilah beb... kalau tak dapat tengok Kid goreng dengan abang Rosli Mohalim.
Masih belum berkesempatan upload video jammin', harap bersabar ya, bila ada masa terluang pasti aku share dengan semua. Buat masa ni gambar je lah ya..! Oh ya..nak share gambar dengan Syam Visa, buat Ila isteri Syam, jangan marah ya dik...pinjam Syam untuk bergambar eh!
Ila sporting! Sayangnya Ila balik awal, kalau tak dapat kak sue bergambar sekali dan paparkan dalam blog nih.

Penyanyi cute..Kojack Amir, mesti ramai awek yg minat!

Bersama lagenda rock Rosli Mohalim,dari kumpulan Sweet Charity..

Thursday, June 10, 2010

Sabtu lepas memang best... persandingan anak saudaraku yang cukup meriah. Dapatlah bertemu saudara mara yang dari jauh yang aku rasa semakin jauh kerana kesibukan tugas harian. kemeriahan semakin terasa bila majlis diserikan dengan band undangan, iaitu Sharp Shooters, guitarist lagenda Sweet Charity, iaitu Abang Rosli Mohalim, Sham Visa, Is Wow, dan kawan -kawan mereka yang tak sempat tanya nama..... Sorry bro..
Mendengar petikan gitar dari Abang Rosli Mohalim memang tak dapat dinafikan keunggulannya sebagai seorang guitarist yang sukar dicari ganti. Salute Bro...! Begitu juga Is dari kumpulan Wow, komposer yang tidak asing lagi, thanks Is, kerana sudi bermain keyboard. You guy's are great.....!
Sharp Shooter juga kumpulan raggae yang dianggotai oleh pemuda-pemuda macho yang pemalu..
Persembahan terbaik hari tu, dah macam mini concert. Rock the world beb...

Tuesday, June 8, 2010

Monday, June 7, 2010

Monday, May 31, 2010

Busy..

Pagi yang indah..., dah lama rasanya tak update blog ni, bukannya malas tapi terlalu banyak komitmen. Sampaikan tak sempat nak dengar lagu. Hari ni terasa ada kelapangan sikit so bolehlah enjoy puas-puas. Hari ni nak dengar lagu yang baru, kalau lagu lama je pun boring juga. Bukan apa, kalau boleh biarlah banyak kategori yang boleh dikongsikan bersama.

Sunday, May 23, 2010

Still!

Shirley Bassey.

Love Story..

Lagu yang banyak menyimpan memori dalam hidupku.

Nostalgia..


Selain dari muzik latin aku juga suka mendengar lagu-lagu lama yang masih lagi kekal diingatan hingga kini. Mungkin juga setengah dari generasi masakini belum pernah mendengar lagu-lagu ini. Namun bagi aku lagu-lagu sebegini banyak meninggalkan nostalgia bagi sesetengah individu. Contohnya nyanyian Shirley Bassey, Aretha Franklin, dan ramai lagi penyanyi seangkatan dengan nya yang semakin dilupai.

Saturday, May 22, 2010

Latin

Hari ini terasa seperti ingin mendengar muzik latin, sebenarnya terlalu banyak kenangan dalam hidup aku bersangkutan dengan muzik latin nih..ada yang suka dan duka, anyway aku sekadar mampu meluahkan nya melalui muzik. Satu perkara yang menarik mengenai muzik latin adalah bahasanya yang indah, melodi yang unik dan masih mengekalkan keaslian muzik mereka yang tersendiri. Mudah sebenarnya mempelajari bahasa latin, hingga kini aku masih boleh bertutur dan memahaminya.

Monday, May 17, 2010

EKI - The Station

Caca marba!

Beberapa hari ni aku betul-betul sibuk, baru hari ni berkesempatan update blogku. Apakata kita share sesuatu yang berbeza. Sebenarnya banyak lagu-lagu yang aku minati selain dari lagu inggeris dan melayu. Bagi aku muzik tidak terhad pada sesuatu bahasa yang kita faham saja, ada melodi yang memikat walau kita tak faham sepatah haram pun lirik nya. Lagu pilihan aku kali ni ada macam-macam bahasa...zaaaz... layan!

Monday, May 10, 2010

Bob Marley..Lagenda Era 80'an


Bob Marley


Seorang lagi penyanyi yang paling unik, dan bagiku tiada tandingannya ialah Bob Marley.
Lagenda muzik yang humble dan simple. Kebanyakan lagu dan kata-kata beliau yang menjadi
inspirasi pemuzik zaman ini. Walau ada yang boleh dan tidak boleh dikongsi, lagu beliau tetap dihati.Raggae yang dibawa kekal dalam ingatan. Bob Marley... you're forever the best!

Thursday, May 6, 2010

Bon Jovi

Penyanyi Barat pujaanku.


Ramai penyanyi Barat yang aku minati, semasa zaman remajaku penyanyi yang menjadi pujaanku antaranya ialah Jon Bon Jovi, Michael Jackson, Bad Company, Guns & Roses, dan ramai lagi yang seangkatan dengannya. Walau macamana pun Rock music tetap jadi keutamaanku. Aku juga peminat lirik yang berkualiti, masih aku ingat lagi dizaman persekolahan, beg sekolah aku penuh dengan contengan lirik lagu..

Jenis muzik kegemaranku


Aku lebih cenderung dalam bidang muzik. Bagi aku muzik menenangkan fikiranku, mungkin kerana aku tak punya ramai kawan. Kawan aku hanya muzik, aku mula minat menyanyi, mulai berminat dengan instrument muzik. Guitar..paling aku suka. Aku cuba belajar bermain guitar, tapi sayang tak sempat habis. kenapa? biarlah aku seorang aje yang tau. Jenis lagu yang menjadi kegemaran aku? ,hampir semua. Rock, Ballad, Sentimental, Pop, Raggae, boleh kata semualah!

Sebenarnya boleh dikatakan keluarga aku juga berdarah seni. Arwah datuk, penyanyi Ghazal, mak saudara pun penyanyi ghazal dan ramai lagi yang menceburi bidang muzik. Ada yang sedang mencipta nama, ada yang jadi komposer dan aku sendiri pernah menceburi bidang seni, tapi tak lama. Bidang apa? biarlah rahsia! Dalam hidup aku, mesti ada muzik, satu hari tak dengar muzik rasa hidup aku tak lengkap, so kita kongsilah bersama apa yang aku minati.

Wednesday, May 5, 2010

Bermula dunia muzikku



Pertama kali mengenali dunia muzik, ketika aku berusia 10 tahun. Teringat lagi ketika itu aku dibawa ke satu Konsert amal yang mana penyanyi utamanya Azean Irdawati, konsert diadakan di Dewan UKM. Ramai yang datang, maklumlah dulu mana ada hiburan macam sekarang, kena tunggu ada konsert baru dapat tengok artis.

Malam tu, aku dan famili memang duduk ditempat yang paling hadapan. Ada satu lagu inggeris yang Azean nyanyikan , tajuknya kalau tak silap aku..my only sunshine. Entah macamana Azean
panggil aku naik keatas stage, wah! terasa seram sejuk kaki dan tangan. Memang malam tu malam yang tak dapat aku lupakan. Bermula dari situ aku mula meminati muzik lebih dari segalanya.