Monday, August 2, 2010

Hai... letih berpuasa ke..

Apabila menjelang puasa banyak perkara yang terlintas difikiran, nak buat itu nak buat ini... tetapi yang paling penting bagi aku ialah bagaimana nak melakukan perubahan dalam diri yang aku rasa banyak yang belum lengkap. Transform lah beb... senang cerita. Aku harap Ramadhan Tahun ni bisa merubah sesuatu dalam diri aku yang serba kekurangan.












Seminggu lagi seluruh umat Islam akan berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat... Insyaallah! Menjelang puasa ni aku lebih banyak berada dirumah. Tidak banyak aktiviti luar yang aku lakukan, antara hobi baru aku ialah memelihara ikan dalam balang kaca. Kalau dalam aquarium, memang aku kurang berminat.... so aku ternaklah ikan-ikan yang tak seberapa nak banyak tu dalam balang kaca je.. Mudah rasanya, hanya perlu ada balang kaca, ikan, dan air. Janganlah guna air paip yang direct tu,alamat timbullah ikan-ikan kecil yang tak berdosa tu, guna air suling. Bagi aku bila tengok ikan-ikan ni berenang macam satu terapi pulak, menenangkan fikiran yang kusut.

No comments:

Post a Comment