Monday, July 19, 2010

Ariel Peterpan, Luna Maya, Cut Tari dan Pasar Malam..





Malam semalam aku terasa ingin ke Pasar Malam. Ramai orang yang suka ke pasar malam, ada yang suka memborong ,ada yang suka tengok gelagat orang, sampai disatu sudut aku singgah di gerai buah-buahan. Seorang penjual buah-buahan tiba-tiba bersuara ,"Kak...belilah pisang Ariel, sebelum Luna Maya sampai, nanti tak merasa." Aku terpaku seketika... nak tergelak pun ada.
Memang populariti Ariel Peterpan melonjak naik sejak video dia tersebar, sampaikan nama dia dijadikan promosi untuk jual pisang, sekarang pisang Montel dah jadi pisang Ariel! Cut Tari pun tidak ketinggalan, sampaikan baju dalam Cut Tari pun ada termasuk dalam senarai promosi.
Aku hanya mampu tersenyum sendiri... Inilah dunia hiburan disanjung ketika dipuncak, dijadikan bahan lawak ketika jatuh.

Monday, July 12, 2010

Oficial Waving Flag...

Juanes... Tengo La Camisa Negra.

Shakira..

Muzik oh muzik...Bola oh bola!

Aku bukanlah peminat bola sebenarnya tapi disebabkan ada bersangkutan dengan muzik, jadi aku followlah juga sikit-sikit. Aku cuma mengikuti perkembangan bola, sejujurnya semalam, semasa final. Spain memang bagus,begitu juga Belanda. Bolakan bulat so bagi aku mungkin dah nasib Belanda tewas dengan Sepanyol 0-1. Apapun aku suka dengan konsert FIFA anjurkan. Banyak lagu yang menarik. Budak-budak sekolah pun suka lagu ni..

Tuesday, July 6, 2010

Belajar gitar...sambil buat duit.

Salam semua,hari ini kita share tentang panduan belajar gitar. E-Book ni ditulis oleh Nurudeen dan Shahril, satu panduan yang amat berguna buat newbies atau sesiapa yang tak tau langsung pasal gitar. Korang tak payahlah nak berkejar kekelas gitar, duit petrol pun save... Pada pendapat aku panduan ini simple dan mudah difahami. Ada panduan bergambar yang beresolusi tinggi, dan paling penting harga berpatutan dan mampu milik.
RM37.00 korang dah boleh mulakan petikan gitar yang pertama, tapi ini bukan magic...practice tu penting. Kalau tak practice sendiri Carlos Santana ajar pun korang tak akan pandai. Jangan marah ye beb, kenyataan!
Kita bukan nak jadi Star, untuk hiburkan hati sendiri aku rasa tak salah belajar. Kemudahan dah ada dihujung jari jer...tak rugi. Ini saranan aku sebab ada jugak yang bertanya boleh tak ajar main gitar, so aku proposed yang termudah ok..Enjoy..!

Monday, July 5, 2010

MENTOR MELETUP!

Terasa begitu lama aku tak update blog ni..., terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan. Baru hari ini sempat jengok blog, anyway semalam enjoy juga mengikuti perkembangan muzik tanahair. MENTOR yang agak hangat dengan contestant yang betul-betul talented. Nani dengan bakat dan pakej yang lengkap, Nani ada stail tersendiri dengan suara yang husky dan seksi. Aku suka dia, gayanya tak ubah arwah Nike Ardilla.Ada potensi menjadi bintang.
Adi juga tak kurang hebatnya, dengan wajah yang cute,suara yang lunak dia boleh pergi jauh dalam industri muzik, cuma nasib tak menyebelahi dia, biasalah adat bertanding...
Juara MENTOR Mohd. juga punya stail tersendiri, walaupun ramai yg kata dia tak berapa handsome tapi berkat ketabahan dia, beliau buktikan juga yang bakat mengatasi segala.
Tahniah buat kalian, juga MENTOR yang hebat Ziana Zain, Azmeer, dan Dayang. Korang memang bagus...
Rata-rata gimik TV3 memang menjadi malam tu...Aku rasa MENTOR akan menjadi tumpuan kalau TV3 kekalkan konsep yang simple tapi menarik. Syabas TV3!