Thursday, May 6, 2010

Jenis muzik kegemaranku


Aku lebih cenderung dalam bidang muzik. Bagi aku muzik menenangkan fikiranku, mungkin kerana aku tak punya ramai kawan. Kawan aku hanya muzik, aku mula minat menyanyi, mulai berminat dengan instrument muzik. Guitar..paling aku suka. Aku cuba belajar bermain guitar, tapi sayang tak sempat habis. kenapa? biarlah aku seorang aje yang tau. Jenis lagu yang menjadi kegemaran aku? ,hampir semua. Rock, Ballad, Sentimental, Pop, Raggae, boleh kata semualah!

Sebenarnya boleh dikatakan keluarga aku juga berdarah seni. Arwah datuk, penyanyi Ghazal, mak saudara pun penyanyi ghazal dan ramai lagi yang menceburi bidang muzik. Ada yang sedang mencipta nama, ada yang jadi komposer dan aku sendiri pernah menceburi bidang seni, tapi tak lama. Bidang apa? biarlah rahsia! Dalam hidup aku, mesti ada muzik, satu hari tak dengar muzik rasa hidup aku tak lengkap, so kita kongsilah bersama apa yang aku minati.

No comments:

Post a Comment