Wednesday, November 16, 2011
Sunday, November 6, 2011
Semalam sudah pun berlalu,hanya menghitung hari menerjah ke tahun baru yang bakal menjelma . tak banyak yang berubah, suka duka tercatit dalam diary kehidupan...seumpama muzik yang berbagai rentak, ada yang rancak dan ada yang sayu. Melodi hidup tetap menghiasi perjalanan hari yang tak ku tahu kesudahannya. Wah! boleh tahan beb,macam nak karang novel pulak...apapun, memang tak dapat dinafikan hanya yang sabar yang berjaya mengharungi kehidupan yang terlalu kejam ini.Tiada toleransi.tiada kompromi, yang ada sekadar pertimbangan dari akal yang waras.
Sunday, January 23, 2011
2011,,,,
Yo...!Rupa-rupanya dah lama aku tak menjenguk blog yang tersadai dek kesibukan aku. Banyak betul perkara dan agenda yang perlu aku rombak dan selesaikan...Azam baru? Adeehh...dah basi ! Aku nak tahun 2011 ni, jadi penutup segala kesuraman tahun lepas. Semangatlah sikit beb...! Aku rasa nak buat sesuatu yang baru dalam hidup aku,nak tinggalkan yang lama dan lapuk, simpan dalam peti besi... Apapun, muzik tak pernah aku lupakan.
Friday, October 15, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Pewittt...kembali semula!
Aduh... lama betul rasanya aku tinggalkan blog ni, bersawang rasanya. Bukan malas nak update
cuma aku agak busy dengan tugas seharian. Apa pun aku cuba jugalah hidupkan semula blog yang dah malap ni, actually tak ada apa pun yang special nak ditulis. Blurr... nak tulis pasal raya pun, aku memang tak kemana-mana,terperap je kat rumah.
Thursday, August 12, 2010
Monday, August 2, 2010
Hai... letih berpuasa ke..
Apabila menjelang puasa banyak perkara yang terlintas difikiran, nak buat itu nak buat ini... tetapi yang paling penting bagi aku ialah bagaimana nak melakukan perubahan dalam diri yang aku rasa banyak yang belum lengkap. Transform lah beb... senang cerita. Aku harap Ramadhan Tahun ni bisa merubah sesuatu dalam diri aku yang serba kekurangan.
Seminggu lagi seluruh umat Islam akan berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat... Insyaallah! Menjelang puasa ni aku lebih banyak berada dirumah. Tidak banyak aktiviti luar yang aku lakukan, antara hobi baru aku ialah memelihara ikan dalam balang kaca. Kalau dalam aquarium, memang aku kurang berminat.... so aku ternaklah ikan-ikan yang tak seberapa nak banyak tu dalam balang kaca je.. Mudah rasanya, hanya perlu ada balang kaca, ikan, dan air. Janganlah guna air paip yang direct tu,alamat timbullah ikan-ikan kecil yang tak berdosa tu, guna air suling. Bagi aku bila tengok ikan-ikan ni berenang macam satu terapi pulak, menenangkan fikiran yang kusut.
Subscribe to:
Posts (Atom)