Monday, May 31, 2010

Busy..

Pagi yang indah..., dah lama rasanya tak update blog ni, bukannya malas tapi terlalu banyak komitmen. Sampaikan tak sempat nak dengar lagu. Hari ni terasa ada kelapangan sikit so bolehlah enjoy puas-puas. Hari ni nak dengar lagu yang baru, kalau lagu lama je pun boring juga. Bukan apa, kalau boleh biarlah banyak kategori yang boleh dikongsikan bersama.

Sunday, May 23, 2010

Still!

Shirley Bassey.

Love Story..

Lagu yang banyak menyimpan memori dalam hidupku.

Nostalgia..


Selain dari muzik latin aku juga suka mendengar lagu-lagu lama yang masih lagi kekal diingatan hingga kini. Mungkin juga setengah dari generasi masakini belum pernah mendengar lagu-lagu ini. Namun bagi aku lagu-lagu sebegini banyak meninggalkan nostalgia bagi sesetengah individu. Contohnya nyanyian Shirley Bassey, Aretha Franklin, dan ramai lagi penyanyi seangkatan dengan nya yang semakin dilupai.

Saturday, May 22, 2010

Latin

Hari ini terasa seperti ingin mendengar muzik latin, sebenarnya terlalu banyak kenangan dalam hidup aku bersangkutan dengan muzik latin nih..ada yang suka dan duka, anyway aku sekadar mampu meluahkan nya melalui muzik. Satu perkara yang menarik mengenai muzik latin adalah bahasanya yang indah, melodi yang unik dan masih mengekalkan keaslian muzik mereka yang tersendiri. Mudah sebenarnya mempelajari bahasa latin, hingga kini aku masih boleh bertutur dan memahaminya.

Monday, May 17, 2010

EKI - The Station

Caca marba!

Beberapa hari ni aku betul-betul sibuk, baru hari ni berkesempatan update blogku. Apakata kita share sesuatu yang berbeza. Sebenarnya banyak lagu-lagu yang aku minati selain dari lagu inggeris dan melayu. Bagi aku muzik tidak terhad pada sesuatu bahasa yang kita faham saja, ada melodi yang memikat walau kita tak faham sepatah haram pun lirik nya. Lagu pilihan aku kali ni ada macam-macam bahasa...zaaaz... layan!

Monday, May 10, 2010

Bob Marley..Lagenda Era 80'an


Bob Marley


Seorang lagi penyanyi yang paling unik, dan bagiku tiada tandingannya ialah Bob Marley.
Lagenda muzik yang humble dan simple. Kebanyakan lagu dan kata-kata beliau yang menjadi
inspirasi pemuzik zaman ini. Walau ada yang boleh dan tidak boleh dikongsi, lagu beliau tetap dihati.Raggae yang dibawa kekal dalam ingatan. Bob Marley... you're forever the best!

Thursday, May 6, 2010

Bon Jovi

Penyanyi Barat pujaanku.


Ramai penyanyi Barat yang aku minati, semasa zaman remajaku penyanyi yang menjadi pujaanku antaranya ialah Jon Bon Jovi, Michael Jackson, Bad Company, Guns & Roses, dan ramai lagi yang seangkatan dengannya. Walau macamana pun Rock music tetap jadi keutamaanku. Aku juga peminat lirik yang berkualiti, masih aku ingat lagi dizaman persekolahan, beg sekolah aku penuh dengan contengan lirik lagu..

Jenis muzik kegemaranku


Aku lebih cenderung dalam bidang muzik. Bagi aku muzik menenangkan fikiranku, mungkin kerana aku tak punya ramai kawan. Kawan aku hanya muzik, aku mula minat menyanyi, mulai berminat dengan instrument muzik. Guitar..paling aku suka. Aku cuba belajar bermain guitar, tapi sayang tak sempat habis. kenapa? biarlah aku seorang aje yang tau. Jenis lagu yang menjadi kegemaran aku? ,hampir semua. Rock, Ballad, Sentimental, Pop, Raggae, boleh kata semualah!

Sebenarnya boleh dikatakan keluarga aku juga berdarah seni. Arwah datuk, penyanyi Ghazal, mak saudara pun penyanyi ghazal dan ramai lagi yang menceburi bidang muzik. Ada yang sedang mencipta nama, ada yang jadi komposer dan aku sendiri pernah menceburi bidang seni, tapi tak lama. Bidang apa? biarlah rahsia! Dalam hidup aku, mesti ada muzik, satu hari tak dengar muzik rasa hidup aku tak lengkap, so kita kongsilah bersama apa yang aku minati.

Wednesday, May 5, 2010

Bermula dunia muzikku



Pertama kali mengenali dunia muzik, ketika aku berusia 10 tahun. Teringat lagi ketika itu aku dibawa ke satu Konsert amal yang mana penyanyi utamanya Azean Irdawati, konsert diadakan di Dewan UKM. Ramai yang datang, maklumlah dulu mana ada hiburan macam sekarang, kena tunggu ada konsert baru dapat tengok artis.

Malam tu, aku dan famili memang duduk ditempat yang paling hadapan. Ada satu lagu inggeris yang Azean nyanyikan , tajuknya kalau tak silap aku..my only sunshine. Entah macamana Azean
panggil aku naik keatas stage, wah! terasa seram sejuk kaki dan tangan. Memang malam tu malam yang tak dapat aku lupakan. Bermula dari situ aku mula meminati muzik lebih dari segalanya.